logo

Menjadi Seorang Guru

Daftar sebagai Pengajar Al-Quran yang sah dengan Qyrcle

Kelebihan Mod Guru

Live Streaming

Medan interaksi di antara guru Al-Quran wibawa dengan pelajar secara ‘one-to-one’ secara online ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.

Teacher Marketplace

Paparan yang memaparkan guru-guru Al-Quran wibawa yang menawarkan pakej-pakej kelas untuk dipilih dan dilanggan oleh pelajar-pelajar.

Teacher Notice Board

Halaman peribadi setiap guru-guru Al-Quran wibawa. Sebarang hebahan, makluman, dan pengumuman termasuk jadual waktu kelas Al-Quran guru tersebut dipaparkan di halaman ini.

Qyrcle Payment Gateway

Aksara yang membolehkan pelajar-pelajar membayar yuran langganan pakej kelas guru-guru Al-Quran wibawa

Bagaimana Menjadi Seorang Guru?

Langkah 1: Daftar sebagai Guru

Guru-guru Al-Quran wibawa mendaftarkan diri dan membuka akaun di QYRCLE sebagai guru.

Langkah 2: Tambah Slot Masa

Selepas pendaftran diterima, guruAl-Quran wibawa perlu merangka pakej-pakej kelas Al-Quran yang boleh dilanggan oleh pelajar-pelajar. Guru AL-Quran wibawa bebas menentukan masa, hari, kekerapan, dan harga bagi pakej tersebut.

Masa disukat dalam setiap 30 minit. 1 slot = 30 minit. Harga lantai (minimum) yang dikehendaki diletakkan bagi 1 slot adalah RM 35 (30 minit = 1 slot = RM 35).

Langkah 3: Teacher Marketplace (Perkspetif Pelajar)

Setelah pakej-pakej kelas sudah dimuktamadkan, pakej-pakej kelas tersebut akan dimuat naik dan dipaparkan di halaman Teacher Marketplace bersama-sama dengan profil peribadi guru Al-Quran wibawa untuk dipilih dan dilanggan oleh pelajar-pelajar.

Langkah 4: Notifikasi

Notifikasi akan dihantar kepada guru Al-Quran wibawa apabila terdapat pelajar berjaya melanggan pakej kelas. Notifikasi juga akan dihantar untuk mengingatkan guru dan pelajar tentang kelas yang akan berlangsung kelak.

Langkah 5: Bayaran

Yuran langganan pakej akan dibayar kepada guru Al-Quran wibawa apabila pakej kelas tersebut berjaya diadakan kesemuanya. Bayaran akan dibuat pada hujung bulan pakej kelas tersebut tamat.

Apakah piagam pelanggan QYRCLE?

Memastikan segala proses berjalan lancar.

Memberi maklum balas kepada sebarang masalah teknikal yang berpunca dari pihak QYRCLE secepat mungkin.

Memastikan privasi maklumat-maklumat pelanggan-pelanggan QYRCLE (guru-guru Al-Quran wibawa dan pelajar-pelajar) terpelihara

Memastikan aktiviti-aktiviti promosi platform QYRCLE serta guru-guru Al-Quran wibawa dibuat dengan berkesan dan berterusan

BMemastikan guru-guru Al-Quran wibawa selaku pelanggan QYRCLE berjaya mendapat manfaat dan kejayaan dari aspek kewangan dan reputasi dengan berkesan apabila menggunakan QYRCLE

Apakah terma dan syarat QYRCLE yang perlu dipatuhi?

1

Maklumat-maklumat peribadi seperti nama, kelayakan akademik, pengalaman, kelayakan bukan akademik seperti sanad-sanad, syahadah, dan lain-lain diwajibkan benar dan sah. Tindakan tegas akan diambil jika maklumat yang diberikan didapati palsu.

2

QYRCLE berhak untuk mendapat 10-20 % komisyen dari pendapatan guru Al-Quran bagi menampung kos operasi QYRCLE.

3

Bagi pelajar, wang yang dibayar bagi tujuan langganan pakej kelas tidak akan dikembalikan jika kelas tidak dapat diadakan seperti yang ditetapkan. Guru Al-Quran dan pelajar perlu mengatur slot gantian atas inisiatif dan persetujuan bersama.

4

Pakej-pakej kelas yang dibuat perlu semata-semata berkenaan pengajaran Al-Quran. Tindakan tegas akan diambil jika didapati slot-slot dijadualkan diisi dengan sebarang pengisian yang jauh menyimpang dari pengajaran Al-Quran, seperti promosi perniagaan atau produk, perbualan kosong, berpacaran, dan sebagainya.

5

Guru-guru Al-Quran wibawa perlu menunjukkan sikap profesionalisma yang tinggi dari segi dedikasi, perhatian, keterampilan dan gaya semasa kelas diadakan dan semasa berinteraksi dengan pelajar melalui QYRCLE.

Alhamdulillah, terima kasih atas kesabaran anda dalam memahami penjelasan kami.

Kami ingin menjemput anda untuk sertai kami SEKARANG. Khas bagi sesiapa yang telah memahami dan bersetuju untuk menjadi tenaga pengajar rasmi QYRCLE.